Pagi Tadi saya menerima email dari Mohd.Nizam.
Berikut email yang boleh dikongsi bersama-sama
Hai Mohd Zaini,Selamat Tahun Baru 2008 & Ma'al Hijrah 1429!
Beberapa hari lepas saya menerima sms dari sahabat saya, seorangusahawan yang berjaya. SMS tersebut tertulis..."Selamat Tahun Baru, Semuga Kau Buat Sejuta Ringgit Tahun Ini.
"Saya menjawab,"Terima kasih! Nampaknya saya perlu kerja lebih kuat!"Selepas beberapa minit saya mendapat balasan daripada beliau:"Tidak.Kau Silap.
Kau hanya perlu kerja lebih bijak."Saya terpaku untuk beberapa saat.Saya terfikir sendiri-- Adakah saya bekerja cara bijak hari ini?Anda tentunya tahu, ini bukanlah satu perkara baru. Kita telahmendengar beribu kali. Pada awalnya, ianya tidak mendatangkan apa-apa kesankepada saya sehinggalah saya mula FAHAM maksud yang tersembunyi.
Mengetahui dan memahami adalah dua perkara yang berbeza, walaupun adayang fikir ianya sama sahaja. Dan ianya juga menjadi punca mengaparamai yang gagal menjana wang diinternet selepas mengikuti kursus-- keranamereka TAHU maklumat tertentu, tetapi tidak faham apa maksudsebenarnya.Jika anda buat duit banyak dengan bekerja lebih kuat, saya minta maafkerana tiada apa yang boleh dibanggakan. Anda terpaksa meluangkan lebihbanyak masa dan tidak produktif.Bekerja cara bijak meningkatkan masa yang ada.
Ini bermakna,andameluangkan masa yang sama tetapi anda dibayar lebih berlipat kali ganda.Itu rahsianya!Faham konsep ini dan hidup anda akan lebih bahagia. Saya jamin.Ada banyak cara untuk anda bekerja lebih bijak. Jika anda mahu mempelajari sesuatu, jangan buang masa buat sendiri.TANYA.Jika tiada yang menjawab, beli ilmu dan pengalaman orang lain. Ianyalebih cepat dan mudah.Fokus kepada idea dan perancangan bisnes.
Bukan hanya untuk buat duittetapi bagaimana membina bisnes online yang boleh menjana pendapatan untukanda untuk jangka masa yang lama.
Anda bekerja bijak dengan membuat sesuatu yang terbukti berkesan untukmenjana wang daripada mencipta sesuatu yang belum pasti. Inovatif, bukannyakreatif!Saya pasti anda tentu lebih banyak idea untuk bekerja cara bijak.Mungkin lebih baik dari yang saya dedahkan. Yang pastinya...Saya tak mahu bekerja kuat.
Bagaimana dengan anda?Demi Kejayaan Anda 2008,
Mohd Nizam
p/s : kepada usahawan diluar sana yang ingin mencari online bisnes secara percuma daftar di sini. Latihan secara percuma disediakan.





